Tuesday, 30 January 2018

Day Trip Shopping Tours in JB

JB Day Tours

Hari yang indah di mulakan dengan Bismillah.

Mari kita berkongsi cerita mengenai Day Trip Tours ke JB dari Singapore. Pick up pukul 8.30, kami mulakan dengan bacaan doa, kemudian terus bergerak memasuki JB. Oleh kerana tours bukan pada hari minggu, kami hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk melepasi Imigresen kedua-dua negara. Terus bergerak ke Padi Emas untuk membeli barangan memasak, kemudian berpatah balik ke Pasar Larkin untuk melengkapkan hasil tangkapan hari ini. Kemudia, kembali ke Angsana untuk membeli kuih-kuih tradisi.

Waktu makan tengah hari, kami pergi menjamah Nasi Lemak Wak Kentut di Kulai. Perjalanan yang memakan masa 20 minit pantas berlalu. Seteleh kenyang makan nasi lemak, kami meneruskan trip kami untuk shopping di Cowboy Kulai...

Setelah puas berbelanja, waktu untuk Dusun Durian. Kawasan target: Pekan Nenas. Pelbagai gerai di singgah untuk kepuasan maksimum. Hasil tangkapan untuk hari ini: Durian dan buah2 tropika.

Sebelum bergerak pulang, makan malam di Tepian Tebrau. Perjalan pulang yang lancar.





Contact IS +60137636361 untuk merancang perjalanan anda.