Sunday, 11 February 2018

Tour JB 10 February 2018

Mulakan perjalanan dari Singapore jam 8pagi, kami masuk Malaysia melalui Tuas untuk mengelakkan kesesakan di Tambak Johor. Semua dipermudahkan dah kami terus ke Pasar Tani Datin Halimah ( buka hanya pada hari Sabtu). Kepadatan pengunjung memaksa kami untuk bersabar mencari parking kereta.

Setelah puas membeli makanan di Pasar Tani, perjalanan diteruskan ke Pasar Larkin. Sambil mencuci mata dengan barang yabg di jual di sana, kami terus makan tengah hari di sana (plan awal makan di Padi Emas, tapi tukar plan untuk menjimatkan masa sebab terlalu lama di Pasar Larkin)

Perjalan di teruskan, persinggahan seterusnya ialah kedai Jajan Murah di Kempas. Pelbagai jajan disana dijual pada harga murah. Terkenang kembali masa kanak-kanak, jajan kegemaran masih boleh dijumpai di sini seperti Tora, Din Dang da macam-macam lagi.

Kemudian kami bergerak ke Eco Shop di Taman Universiti. 15 minit perjalan berbaloi kerana barang-barang yang murah. Kemudian, kami bergerak ke Jusco Tebrau untuk meneruskan program beli belah sambil solat Zuhur dan Asar di sana.

Persinggahan terakhir: Pasar Borong Pandan. Seronok kanak-kanak di sini, membeli baju dan barang-barang yang murah. Makan malam ringkas di sini. Kami singgah Masjid berdekatan untuk Magrib sebelum pulang ke Singapura.

Tuesday, 30 January 2018

Day Trip Shopping Tours in JB

JB Day Tours

Hari yang indah di mulakan dengan Bismillah.

Mari kita berkongsi cerita mengenai Day Trip Tours ke JB dari Singapore. Pick up pukul 8.30, kami mulakan dengan bacaan doa, kemudian terus bergerak memasuki JB. Oleh kerana tours bukan pada hari minggu, kami hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk melepasi Imigresen kedua-dua negara. Terus bergerak ke Padi Emas untuk membeli barangan memasak, kemudian berpatah balik ke Pasar Larkin untuk melengkapkan hasil tangkapan hari ini. Kemudia, kembali ke Angsana untuk membeli kuih-kuih tradisi.

Waktu makan tengah hari, kami pergi menjamah Nasi Lemak Wak Kentut di Kulai. Perjalanan yang memakan masa 20 minit pantas berlalu. Seteleh kenyang makan nasi lemak, kami meneruskan trip kami untuk shopping di Cowboy Kulai...

Setelah puas berbelanja, waktu untuk Dusun Durian. Kawasan target: Pekan Nenas. Pelbagai gerai di singgah untuk kepuasan maksimum. Hasil tangkapan untuk hari ini: Durian dan buah2 tropika.

Sebelum bergerak pulang, makan malam di Tepian Tebrau. Perjalan pulang yang lancar.





Contact IS +60137636361 untuk merancang perjalanan anda.